Saturday, December 5, 2015

Mini Reunion Majlis Kahwin Dimitar Bertabov

Kenduri sebelah pengantin lelaki berlangsung pada 22 November 2015 di Dewan Alumni, Universiti Teknologi Malaysia, universiti di mana 4 tahun ahli-ahli stalker puaka menghabiskan masa menjalankan tugas hakiki sebagai pelajar sarjana kejututeraan kimia, merangkap scholar JPA dan pemain futsal tegar court KTDI, K11 dan kadang-kadang KTHO.

Kebanyakkan ahli bermalam di rumah Pengerusi SKK cawangan JB, Saudara Hisyam Shaari. Ada juga yang bermalam di Pasir Gudang dan UTM. Tidak kira dimana mereka bermalam, hampir semua turun main futsal pada Sabtu 21 November di Daiman Seri Puteri. Court futsal Halim yang tempah. Kenapa main di Daiman Seri Puteri? Soalan itu masih tidak dapat kami jawab sehingga ke hari ini.




 

























No comments:

Post a Comment