Saturday, April 2, 2016

Kenduri Kahwin Presiden Kelab Penyokong Liverpool Stalker Puaka

Kenduri kahwin Presiden Kelab Penyokong Liverpool Stalker Puaka, Mohd Hisyam Shaari berlangsung pada 13 Mac 2016 di Gunong Semanggol, Perak Darul Ridzuan.

Beberapa minggu sebelum Saudara Hisyam menamatkan zaman bujang beliau, satu parti bujang bertemakan You'll Never Walk Alone telah berlangsung di Court Futsal Taman Tun Aminah Johor Bahru.

Rombongan stalker puaka dari Pasir Gudang Johor turut travel ke Perak bagi meraikan hari penuh bermakna Hisyam. Dalam persalinan warna merah jambu, Hisyam jelas nampak cukup gembira.

Akhir kata, Selamat Pengantin Baru Hisyam!