Tuesday, October 13, 2015

Hari Sukan Negara

Kami di Stalker Puaka terdiri daripada anak muda.Selaras dengan status kami sebagai Belia Harapan Negara Pemacu Kemajuan Masa Hadapan, kami tidak pernah memandang enteng peri pentingnya sokan dalam aktiviti harian kami.

Hal ini dapat di buktikan dengan penglibatan aktif kami dalam pelbagai jenis sokan sejak di bangku sekolah lagi. Penglibatan kami dalam bidang sokan memuncak sewaktu bergelar stalker puaka. Sepanjang empat tahun sebagai stalker puaka, kami giat melibatkan diri dalam pelbagai jenis sukan antaranya:


1. Bolo Sepak
Stalker Puaka mempunyai sebuah pasukan bolo sepak berpangkalan di Skudai negara Johor Darul Takzim. Dengan jersi home bewarna biru dan away berwarna merah, pasukan ini aktif menyertai pertandingan kompetitif, friendly standard kelas B dan juga perlawanan amal dengan sekolah sekitar Johor dalam usaha pembangunan mutu bola sepak bagi sekolah tersebut.

Untuk rekod, pasukan ini tidak pernah kalah dalam tahun 2013. Jangan main-main.

Barisan Pemain



2. Futsal
Futsal merupakan makanan harian bagi stalker puaka. Kadang-kadang, hujan pun mereka sebat main futsal. Ada di antara mereka tidak keruan kalau tiga hari tidak bermain futsal. Duit scholarship JPA juga selalunya bertukar tangan antara ahli stalker puaka dengan cashier al-ikhsan. Kasut Adidas, Nike, Umbro, Puma, Warrior selalu memenuhi koridor kolej KTDI dan KTHO. Kasut bersepah di koridor tidak menjadi masalah, yang jadi masalahnya seluar futsal hilang dekat ampaian






Kami juga banyak menyumbang kepada pembangunan pusat-pusat futsal berbayar sekitar Skudai


Kini kami  aktif memenuhi undangan futsal pertunjukkan di majlis-majlis walimatulurus perkahwinan.



3. Bowling
Bowling merupakan sukan tangan yang menjadi pilihan ramai dalam kalangan ahli stalker puaka. Bowling juga sering menjadi medium ramah mesra di kalangan ahli yang lama tidak brsua muka. Mutu lane pusat bowling sering menjadi kriteria dalam pemilihan lokasi sokan ini.










4. Dan lain-lain

Lari-lari anak

Lumba kereta

Berburu

dan lumba daytona di arcade


Akhir kata, majulah sukan untuk negara. Otak yang cerdas datang dari badan yang sihat.




Like jika suka.
Ingin friendly, sila komen.



No comments:

Post a Comment