Wednesday, October 21, 2015

Layakkah Aku?

Layakkah aku?

Takbir solatku sering dihujung waktu,
Puasaku sekadar penuhi rukun Islamku,
Haul zakat pon aku tidak tahu,
Syahadahku pula diwarisi sejak dahulu,
Akhlakku tidak pula menggambarkan aku penganut agama suci Mu,
Kata kata ku sering kali mengguris setiap kalbu,
Adakah masih ada ruang disyurga Mu?
Adakah aku layak bertemu dengan Mu?
Adakah matiku nanti mendapat redha Mu?
Atau hanya diiringi oleh murka Mu?

Layakkah aku?

Aku tersungkur layu,
Taubatku hanya bila perlu,
Pintaku pula mengikut waktu,
Kembali padaMu bila musibah melanda kalbu,
Ikhlas pula jarang sekali berlaku,
Hanya jasad sahaja bersemuka denganMu,
Tatkala fikiran nun jauh meleset melupakanMu,
Inikah ciri hamba yang layak menghuni syurgaMu?
Inikah ciri hamba yang layak mendapat redhaMu?
Inikah ciri hamba yang layak menumpang di dunia ciptaanMu?

Layakkah aku?

Serius aku malu,
Malu terhadap Pencipta ku,
Malu menerima segala nikmat Mu,
Malu menerima setiap kasih Mu,
Oh Tuhanku,
Jadikan aku seorang perindu,
Rindu untuk sentiasa bertemu dengan Mu,
Rindu untuk sentiasa menyebut nama Mu,
Rindu untuk sentiasa bermunajat kepada Mu,
Rindu untuk syahid di jalan Mu,

Layakkah aku memenuhi ruang syurga Mu?




No comments:

Post a Comment