Thursday, September 25, 2014

Kalau gua kaya

Kalau gua kaya ...

.
.
.

Kalau gua kaya gua nak sponsor semua ahli berdaftar .stalker puaka. bermain all-terrain vehicle atau lebih dikenali sebagai ATV. Gua percaya aktiviti mencabar seperti ini dapat memupuk semangat kerjasama yang jitu disamping mengeratkan lagi silaturrahim sesama ahli yang hampir setahun lamanya terpisah sejak meninggalkan bumi UTM sanjungan bangsa. Di samping dapat menunggang kenderaan ber roda empat ini, kita juga berpeluang untuk bermandi manda di Sofea Jane Waterfall kerana aktiviti ini adalah sebahagian daripada pakej yang disediakan oleh pihak penganjur.

Bukan berniat ingin melupakan sukan rasmi .stalker puaka. iaitu futsal dan boling tetapi sekadar ingin memperkenalkan sukan lain kepada ahli-ahli stalker puaka semua. Untuk pengetahuan semua ATV ini tidak terdapat di Muar, Jitra, Aloq Staq mahupun di kaki Gunung Semanggol. 

.
.
.

Disebabkan gua belum kaya-kaya lagi, maka gua hanya mampu menjemput .stalker puaka. semua untuk bermain ATX di Kemensah pada bila-bila masa yang dirasakan sesuai. Untuk keterangan lanjut boleh merujuk di pautan Google "ATV Kemensah". 

p/s Ingin gua kongsikan gambar gua bermain ATV di laman gua pada cuti Hari Malaysia yang lalu.





BERSAMBUNG

Monday, September 22, 2014

Realiti

Assalamualaikum..Apa khabar iman..??

Bila penat mengejar sesuatu, maka bolehlah kita berhenti..
Jika memang ditakdirkan untukmu, ia pula yang datang nanti..

Adakah berguna usaha untuk menang, jika hati tak rasa happy..
Adakah wujud kasih dan sayang, jika hanya nak sedapkan hati..
                                                                                                                                                  
Dalam poket banyaknya wang, tidak pandai berdikari..
Masak sendiri amatlah jarang, itupun hanya sekadar mi maggi..

Malaysia aman tanpa perang, tapi saling memaki disana sini..
Zaman kini berebut peluang, kadangkala rugi merendah diri..

Ramainya manusia di panggung wayang, beratur masok sambil berdiri..
Di masjid surau jemaah sembahyang, bilangannya boleh dibilang jari..

Manusia hanya mampu merancang, tidak semua akan terjadi..
Ke mana sahaja kita bertandang, kepada Allah kita kembali..

Jangan mudah menilai orang, kadangkala diri apatah lagi..
Jangan segan nasihati orang, sebagai ingatan diri sendiri..

Nasyid apa yang nak didendang, nak try import tuk kali ni..
Penyanyinya Opick dari seberang, tajuknya Tiada Duka Yang Abadi..





Kalau ada umur yang panjang, boleh kita berjumpa lagi..
Kalau ada idea dan masa lapang, inshaAllah ada new entry..

#yizlumik




Thursday, September 18, 2014

#90 | Acah-acah Wak Doyok


Nak baca, sila zoom. Terima kasih.

#AkuYangPostKoYangPanas

Sekian.

#89 | Tepi sikit, tepi sikit!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat pembaca.

Isu gadget sudah sinonim dengan generasi masa kini atau dikenali dengan bahasa saintifiknya, "Generasi Y". Tak kiralah dari smartphone hingga ke tab, kini manusia bawa ke mana sahaja yang mereka pergi dalam kehidupan seharian mereka. 

Pernah anda lalui satu situasi di mana, anda berjalan di belakang mereka yang sibuk betul membelek gadget mereka ketika berjalan di kaki lima? Mesti ada merasa jengkel atau bengang sebab mereka sudah pasti akan berjalan dengan perlahan tanpa mengira siapa di hadapan dan belakang mereka. Namun, ada negara-negara seperti China dan USA, yang telah menjumpai solusi untuk masalah anda ini. 






Lorong khas untuk mereka yang ingin menggunakan gadget mereka supaya tidak menganggu tempo mereka yang tidak menggunakan. Efektif atau tidak, itu masih belum gua dapat kupas tetapi adakah negara kita perlukan laluan seperti ini?

Sekian.

Saturday, September 13, 2014

Review pre release album baru slipknot "The Gray Chapter"


So baru2 ni aku ada terbaca yang slipknot akan release album baru dorang. Dah lama dah aku tak follow band ni sebab last dorang release album 6 tahun lepas "All hope is gone".

Album baru dorang ni tajuk "The Gray Chapter" and single terbaru tajuk the negative one. First time aku dengar fuhh ni dah macam lagu waktu kemunculan awal dorang nih. Memang metal habis dan vokal corey taylor kekal mantap dari dulu.



Listen to that vocal. Ini barulah metal sebenar and no genre slipknot bukan  black metal. Semalam dorang dah release video utk single kedua dorang the devil in i. 


       

Okay yang ini agak menyeramkan dan hanya untuk yg berumur 18 tahun dan ke atas tapi bila dengar part opening nya yg aggressive dan tiba2 masuk vokal yg syahdu macam tu memang best lagu nih. 

Ramai so called true fan yg kritik vokal corey taylor kali ni sebab dah kurang rock dan scream and sound like band site project corey taylor stonesour. 

Tapi bagi aku ini menunjukkan yg slipknot semakin matang dalam muzik dorang dan mereka mahu a wider set of audience untuk lebih mengenali muzik dorang which is nice i think. 

Pada yg anggap vokalis slipknot ni tau jerit ja sila dengar band dia yg satu lagi stonesour. Can't wait for the full album this october  

Taubat dan Doa

Seusai lepas berkumandangnya azan Maghrib dari Masjid As-Syakirin, Ijan baru sahaja menyiapkan kerja di mejanya. Pejabatnya betul menghadap kubah masjid itu. Dia mengusap dari dahi hingga belakang kepalanya beberapa kali melepaskan lelahnya setelah beberapa hari dia menyiapkan kerja penting yang diserahkan oleh pengurusnya.Tugasannya kali ini agak mencabar, bukan kerana dia tak mampu untuk menyiapkannya, tetapi tugasan itu amat penting bagi masa depan syarikatnya itu. Oleh itu, dia perlu buat kertas kerja itu dengan teliti, terperinci dan betul. Dia perlu menyiapkan kertas kerja dalam masa yang singkat sebelum berjumpa dengan kliennya yang akan tiba dari luar negara semata-mata untuk berbincang mengenai hala tuju kerjasama antara dua syarikat. 

Ijan tersenyum puas sendirian. Tugasan yang diberikan oleh pengurusnya menunjukkan bahawa beliau telah berjaya mendapat kepercayaan daripada orang nombor satu dalam jabatannya itu. Setelah setahun dia berkerja dalam syarikat itu, akhirnya dia berjaya mendapat tapak asas dalam karier hidupnya. 


Sejurus selepas beliau tamat pengajian dalam bidang Kejuruteraan Kimia dari sebuah universiti tempatan yang termuka dari selatan semenanjung tanah air, beliau terus ditawarkan bekerja di sebuah syarikat multi-nasional di Malaysia pada akhir semester pengajiannnya di peringkat sarjana muda. Mendapat pekerjaan sebelum tamat pengajian di menara gading merupakan idaman semua bakal graduan. Bahkan dengan suasana yang mencabar kini, para graduan terpaksa bersaing antara satu sama lain, berusaha menarik perhatian syarikat-syarikat terkemuka untuk mengambil berkerja dengan mereka. Bagi Ijan, dia tersenyum kegembiraan dan kepuasan sendirian, bukan sahaja kerana dia berjaya mendapat pekerjaan yang didam-idamkan selama ini. Ijan juga gembira kerana akhirnya dia dapat membantu ibubapanya yang selama ini bekerja bertungkus-lumus siang dan malam menyara sara hidupnya dan 5 adik-beradiknya yang lain yang masih dalam pengajian.

Satu lagi perkara yang membuatkan dia sangat bersyukur iaitu dia telah ditawarkan biasiswa semasa pengajiannya di universiti. Jadi  dia tidak perlu membayar balik kos pengajian yang telah ditanggung oleh pihak penaja sepanjang pengajiannya  di universiti. Ini juga satu isu yang merunsingkan para graduan kerana sebaik sahaja tamat pengajian, mereka perlu bekerja supaya dapat membayar balik pinjaman pendidikan yang telah diberikan sepanjang tempoh pengajian mereka di universiti.


Jam sudah menunjukan pukul 7.30 malam, dia bingkas bangun dari kerusinya yang empuk bergegas ke surau terdekat menunaikan solat bersama jemaah yang lain dalam syarikatnya. Nasibnya baik hari ini kerana dia sempat berjemaah dengan rakan-rakannya yang lain di surau. Selesai sahaja solat maghrib dan solat sunat rawatib dia bersandar di dinding menunggu masuk waktu Isyak pula. "Eh Ijan ko tak balik lagi ke?" tanya Rahmat. Rahmat kawan satu jabatannya yang beliau mula kenali ketika dia menghadiri temuduga untuk bekerja di syarikat itu. "Ermm, belum lagi la Mat, baru ja siap kerja tadi, sekejap lagi balik la, lepas solat Isyak kot" balas Ijan. "Ok la, kalau begitu, aku balik dulu, asssalamualaikum Jan" tegur Rahmat sebelum keluar surau. "Waalaikumsalam Mat" balas Ijan ringkas. 

Dalam dia tersenyum kepuasan sendirian merenung kembali tugasan yang telah berjaya disiapkannya, dia berfikir sejenak tentang perihal dirinya. Kadang-kadang dia juga terasa yang jiwanya kosong seperti tiada apa yang telah dia berjaya usahakan selama ini. Kebanyakkan masa sehariannya di habiskan di pejabatnya. Kebiasannya dalam pukul 9 malam baru dia keluar dari pejabatnya pulang ke rumah. Itulah rutinnya setiap hari, setiap minggu bahkan sudah sebati dalam dirinya. Seawal pagi pukul 7 dia sudah keluar dari rumah mengejar komuter dari stesen Ampang untuk tiba di pejabat tepat pada masanya, lewat malam baru dia pulang ke rumahnya  semula.

 "Aku rasa masih ada sesuatu yang belum buat lagi" bisik Ijan dalam hatinya sendiri.

Bersambung................. 

Thursday, September 11, 2014

Danny Welbeck (Part 1)

Daniel Nii Tackie Mensah "Danny" Welbeck nama diberi namun ini tidak menghalang para peminat di Malaysia memanggil beliau sebagai Songkok. Dilahirkan 16 tahun, 362 hari selepas Sir Ryan Giggs dilahirkan, dan merupakan salah seorang produk akademi kelab terulung di England, Manchester United. Memulakan debut senior pertama beliau pada tahun 2008 menentang kelab di Arab Saudi, Al-Hilal dan hampir-hampir menjaringkan gol pada debutnya namun penaltinya yang diambilnya diselamatkan oleh tiang.

Tanggal 13 Februari 2013, saat paling membanggakan dalam karier beliau setelah beliau menjaringkan gol penting ketika Man Utd mengikat Real Madrid di perlawanan UCL dan merupakan English man pertama dari kelab EPL yang menjaringkan gol di Santiago Bernabeu selepas Alan Smith pada tahun 2001 bersama Leeds United.


Welbeck mempamerkan "celebration goal" nya yang tersendiri.

Bersambung...

"Style"ker Puaka


Assalamualaikum..Apa khabar iman??


3
year:2013
event: Global Outreach Program Singapore
veneu: New York Street, USS Singapore
photographer: FAIZ NORDIN
objek tersembunyi: diego fazley


2
year:2013
event: Sayonara UTM
veneu: Perkarangan Masjid Sultan Iskandar, UTM
photographer: FAIZ NORDIN
objek tersembunyi: dimitar bertabov


1
year:2010
event: SKK DE RAYA 2010
veneu: Dewan Serbaguna KTDI, UTM
photographer: FAIZ NORDIN
objek tersembunyi: makhlukbumi


Gambo tak ori..takda kualiti


#MoveOn

Wednesday, September 10, 2014

Momentum yang tercari-cari



Majulah mahasiswa,demi negara terchenta!

#83 | EA Sports, it's in the game!

Siapa dalam dunia ini yang tak tahu permainan video yang dipanggil "FIFA" ? Opening dari EA Sports memang akan dengar suara menyebut ayat seperti headline di atas.



Ini lah sedikit info tentang game FIFA yang paling latest, iaitu FIFA 14. On the 23rd September 2014 (I guess), embrace yourselves for the release of FIFA 15. Kalau ada permintaan untuk mengupas tentang FIFA yang lepas, akan dibuat dalam post akan datang.

Siapa yang dah main, mungkin dapat relate.



Sekian.

Pernah Tak

Assalamualaikum..Apa khabar iman??

Pernah tak..

-Kome cakap tak nak buat, tapi makin hari makin makin bersemangat..

-Kome kata nak buat, tapi makin hari semakin liat..

-Ada event kome yang terdekat, kome mimpi kome terlambat..

-Kome ada beberapa sahabat, ke mana2 asyik melekat..

-Kawan kome yang macam malaikat, serba-serbi smart dan berbakat..(keh33)

-Orang yang pernah kome meluat, semakin hari semakin dekat..

-Kome dah terlewat, masa berlalu terasa cepat..

-Ada benda yang kome selalu ingat, tapi tertinggal kat dia punya tempat..

-Kome buat benda tak minat, begitu cepat terasa penat..

-Lain pula bila kome buat jahat, rasa seronok walaupun berkeringat..

-Bila kome ditimpa musibat, teros terasa ingin bertaubat..

-Ujian tuhan juga dalam bentuk nikmat, jadi kita sentiasalah beringat..

-Ingatlah Allah pemberi rahmat, inshaAllah tenang yang kome dapat..

Dah takde kot yang perlu dicatat, lagu apa yang ingin dimuat..

Sebelum ni lagu sahabat, kini “Perjalanan “ diharap memikat..(kah99)


<

idea dah tenat..tamat

#yizlumik

Gua,gadget dan sewaktu dengannya

Assalamualaikum wbt.

Pagi tadi seperti semua orang tahu yang Apple dah keluar model iphone yang terbaru iphone 6 dan iphone 6 plus.
Siapa yang terpandangnya, matanya terbeliak bak disampuk syaitan.

Betapa ceria dan tabahnya masing-masing beratur menunggu kedai menjual barang latest mereka


Penjelasan lanjut korang klik lah kat link sini untuk detail info tentang iphong ni.

Biasa lah dunia sekarang semua hendak dapatkan yang latest. 

Jadi tak salahkan untuk datang awal dapat tempat saf paling depan setiap kali solat fardu. Eh?

Ok bye.

Wassalam.


Tuesday, September 9, 2014

Kalau lah aku kaya.............

Assalamualaikum wbt

Kalaulah aku kaya.........

Reunion bersama kengkawan satu course;

A: "Weyh gaji kerja aku sket je weyh RM4+++"
B: "Gaji aku lagi lah sket RM100,+++"

Sek2 da nak kawin;

A: "Weyh jom main saham ni weyh, kawan aku cakap tiap2 bulan dia boleh RM3+++ boleh topup modal belanja kawin ko nnt"
B: "Ala, kawan aku penah main saham tu, xde la bnyk mana pun kalo join saham ni, lagi bnyk dia bagi bulan2"

Sementara itu di aspura pula;

A: "Banyak gila ko punya megi, mintak sebungkus weyh"
B: "Ah mana boleh. Mak aku belikan aku utk stok seminggu ni"

p/s: Aspura : asrama putera (kat asrama perempua mana aku taw diorg slalu simpan stok makanan apa)

Ahli-ahli kariah pula di masjid;

A: "Alhamdulilah minggu ni sahaja kutipan tabung masjid kita sudah mencapai RM5+++" katanya kepada semua AJK masjid
B: "Baguslah kalau macam tu, boleh la kita buat majlis ilmu, ceramah, bla bla bla......"
A: "Ha, yang tu kamu kena buat surat ni surat tu, nak buat permohonan. Jgn lupa mohon sumbangan juga dari YB2 ok"

Di kedai mamak pula;

A: "Banyak gila hang makan weyh, hang bukan baru td makan megi goreng double, roti canai 3 bla bla bla...."
B: " Biarlah masa aku boleh makan ni, aku bedal je la semua, nnt dah masuk hospital asyik makan buah je"

Di bilik pula;

A: " Assignment process control ni ko da siap x? aku nak copy?"
B: "Tu la ko masa free duk PES ja keja, ni da last minit baru nk buat"

Tamat kuliah;

A: " Assalamualaikum, awak faham x apa yang Dr. K ajar tadi tu, saya x berapa faham la sket. Boleh awak ajarkan saya x?"
B: "Waalaikumsalam, saya xde la paham mana pun, lagi pun saya ni jenis x pandai mengajar lah, sorry ek"


Itu saja lah untuk entry kali ini. Sekian

Wassalam

#KALAUAKUKAYA
#YIZLUMIK


Akhir Zaman

Aku ada baca salah satu petanda akhir zaman ni manusia berlumba lumba buat bangunan tinggi untuk tunjukkan kehebatan dan kekuasaan dorang.


the end is near.

Benarkah Kita Nak Masuk Sorga?

[Kredit]

Sorga itu indah. Kita semua tahu. Sorga itu nikmat. Kita semua tahu. Sorga itu mengujakan. Kita juga tahu itu.

Kita juga tahu ciri-ciri bakal ahli sorga kerana semuanya sudah termaktub dengan jelas dalam al-Quran. 

Orang-orang yang beriman.

Orang-orang yang bertaqwa.

Orang-orang yang saleh.

Orang-orang yang sabar.

Orang-orang yang berjihad di jalan Allah.

Orang-orang yang menginfaqkan hartanya demi Islam.

Orang yang berusaha sesungguhnya menjauhkan dirinya dari taghut.

Orang yang menahan amarahnya dan amat mudah memaafkan. 

Orang yang menahan nafsunya. 

Orang yang sering bangun malam.

Dan beberapa ciri lain seperti yang telah tersebut. 

Ok, kita nak masuk sorga kan? Kita tak nak masuk neraka kan? Jom bandingkan ciri-ciri di atas dengan diri kita.

Beriman. Benarkah kita sungguh-sungguh beriman yang Allah itu Tuhan kita yang satu dan ar-Rasul itu NabiNya yang terakhir? Jika benar kita beriman, mengapa masih banyak arahanNya yang kita ingkar dan banyak sunnah baginda yang kita langgar?

Bertaqwa. Taqwa itu letaknya antara takut dan chenta. Takutkah kita pada amaran-amaranNya? Chentakah kita pada ganjaran-ganjaran yang dijanjikanNya?

Saleh. Cuba periksa amalan-amalan fardhi kita setiap hari? Masih di peringkat alif baa taa atau bagaimana? Nah, bagaimana pula dengan amalan sunat?

Sabar. Bukan sekadar sabar yang biasa-biasa yang dituntut, tetapi sabar yang baik. Makcik depan kita di pejabat pos terkial-kial mencari bil elektriknya. Kita bersabar atau ketap gigi? Hadek-hadek bulatan gembira kita datang lewat. Kita masih mampu tersenyum atau terasa mahu tarik rambut sampai botak?

Jihad. Ya, kita mungkin belum lagi diberi peluang (atau tidak mampu *koff*) untuk pergi ke medan jihad yang sebenar. Tapi bagaimana dengan jihad tenaga? Jihad harta? Jihad emosi? Nak suruh ke konferens riang pon berjuta alasan yang diberi. Batuk sampai terkeluar anak tekak.

Infaq. Bilamana yang kita kononnya berinfaq? Ketika di dalam kocek ada duit syiling? Ketika di dalam dompet ada duit kertas seringgit atau paling agung pon lima ringgit? Atau ketika mana kita berharap mendapat keputusan hekzem yang gemilang..? Sniff sniff, ada sesuatu yang hanguskah..?

Menjauhkan diri dari taghut. Taghut adalah sesuatu yang disembah selain daripada Allah. Ya, kita tidaklah pergi menyembah Lord Murugan di Batu Caves sana atau ke gereja dan membuat tanda salib di dada. Tapi bagaimana dengan sembahan-sembahan separa sedar? Bola? K-Pop? Manga? Rokok? Artis-artis Hollywood? 

Tahan amarah dan pemaaf. Ya, kita memang amat penyabar orangnya; di hadapan bakal mak ayah mertua. Dan kita juga amat pemaaf rupanya; setahun sekali bila tiba musim raya. Ceh.

Tahan nafsu. Sekuat mana kita dalam menahan serangan nafsu gorgon kita? Baru kena uji dengan kapel, dah nak tinggal bulatan gembira. Baru kena uji dengan aurat, dah nak baibai pada dakwah. Baru kena uji kena tinggal jahiliyyah, sudah benci pada tarbiyah! Dey, pigidaaahh!

Bangun malam. Punyalah susah kita nak bangun malam; pasanglah penggera bunyi apa pon, semburlah air banyak mana pon, geleteklah macam mana pon, belum tentu kita bangun untuk tunaikan solat dua rakaat. Tapi sekali kita dengar bunyi wisel pengadil di padang bola atau perkataan 'GOOOOOLLLLL!!!' tiba-tiba kita bingkas bangun sudah tersedia duduk di hadapan telebisen. Aik???

Begitu.

Jadi sekarang saya mahu bertanya kepada diri saya dan anda semua.

Benarkah kita ni nak masuk sorga...?

Potong bawang laju-laju.

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk sorga, walhal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu, dan belum nyata orang-orang yang sabar."
[ali-Imraan, 3:142] 

Definisi rock and roll dan MTV yang dah tak relevan

this ain't rock. this is bullshit. it's just too bad that kids these days won't get a chance to know what real music is.




 just listen to that meaningful lyrics.


Monday, September 8, 2014

Erti bola sepak sebenar.





Great players come and go.
But Aman, Hisyam and Syed, a formation that never broke. 


YNWA!



Not too great



Brazil




Brazil menang World Cup lima kali, kita pun kena la solat fardhu 5 kali sehari

Saturday, September 6, 2014

#74 | Zombie Kampung Pisang

Assalamualaikum and a very good day to you guys.

This post is about game that I played not for a long time ago via my PC. I do love to play video games on my PC or my PS3 and the game that I wanted to share about is called;

The Walking Dead: Season One (You can read, right?)

The concept of this game is to make choice within the choices provided by the game. The outcome of the game is depends on what choice that we choose. So, there are quite numbers of outcomes if you choose the different one from another. Sounds simple, does it?

Example of the choosing the possible 4 choices of outcome.

In the first season, the main character was Lee (which being controlled by us). A killer that being send to the prison for killing a man that made love towards his wife. On his way to prison, all of these happened. Zombie apocalypse I would say. Then, we do survived until the end of the episode by meeting new characters (Clementine, Kenny, Katja and others). Basically, there are 5 episodes on the first season of the Walking Dead and I impressed by the story behind this game. 

Lee with Clementine.

I can't say the truly ending was because it depends on our decision. So, I would recommend you guys to try out this game yourselves and have your thoughts about it. Happy trying!

Friday, September 5, 2014

Kawan Ok

Assalamualaikum..Apa khabar iman..??

A..“Sori weyh, ak tak boleh mai, sebok”
B..“Tipu la weyh, hang bukan ada kerja selain stalk fecebook"..

A.."Uhuk2, rasa nak demam ja ak ni asyik terbatok"
B.."Banyakla hang, tula orang kata jangan merokok"

A..“Ade point kat hang ni aku nak kutuk”,                            
B..“Try la berani kalau nak kena cepok”

A..“Weyh!! ambik aku subuh esok”,                       
B..“Naek teksi la weyh..aku mengantok”

A..“Keluar tak ajak,ni rasa nak merajok” ,                             
B..“Lantak hang la, bukannya awek cun ak nak pujok”..

A..“Lamanya tak jumpa jomla pelok2”                   
B..“Hang jangan nak buat perangai bapok”

A..“Hang ni depan gol pun sepak bola tak masok”            
B..“Bola licinla, dahla keeper dia gemok”..

A..“Hang ada idea ke lagu best nak karok”,
B..“Mestila ada..Sahabat selamanya kot die punye tajok”……keh33




Korok

#move on


Wednesday, September 3, 2014

Philosophy

Tepi. Tepi. Gua nak pergi main futsal ni. Gua ingat main kali ni gua nak cuba philosophy baru.

Satu goalkeeper, satu pemain bertahan yang tegap dan bengis ala-ala Phil Jones, dua pemain tengah, seorang yang mampu membuat hantaran tepat dengan kedua-dua belah kaki macam Michael Carrick,  seorang lagi yang laju dan bijak mengelecek macam Hisyam dan seorang penyerang yang sentuh bola dengan apa-apapun baik kaki kanan, kaki kiri, kepala, dada atau apapun, penyudahnya goal. Macam Falcao. Mesti menjadi philosophy baru ini.

Tapi fikir-fikir semula, argh pergi mampuslah dengan philosophy.  Janji main goal lagi banyak dari bolos sudahlah.
Ya Tidak?



Hilang

Assalamualaikum..Apa khabar iman..??

2 tahun tiada post ditayang, stalker puaka dah bersawang..

-Penulis lama dah berkurang, ke mana mereka menghilang..

-Diego Fazley bijak punya orang, baru-baru ni rupanya dah tunang..

-sayabudakbaik di Pasir Gudang, orangnya kini dah tinggal tulang..

-makhlukbumi pun bukan sebarang, dah jadi jurutera di Kluang..

-dimitar bertabov bukan calang-calang, kerja KLCC tu BAQ HANG..

-wawan wisely pn dah tunang, nak buat badan jadi katang..(kuang3)

-Ingatkan ramai orang baru nak datang, rupanya amanamaku je baru sorang..

-Semua sebuk mencari wang, pergi pagi bila baru pulang..

-Mesti tak banyak masa yang lapang, nak menulis blog pun takda peluang..

-Sorry sumorang, terok aku kena bantai karang..(kah99)

-Sebelum ni nasyid semedang, kali ni lagu orang puang..

- Jomla dengar kalo senang, lagu kali ni tajoknya HILANG..(keh33)




#natang #berat nanang


Thursday, August 28, 2014

Tema Insaf Stalker Puaka

Assalamualaikum..apa khabar iman??

Bukan untuk stalker puaka, ini ingatan untuk semua..

-Makin bertambah usia, makin bertambah amalan pahala,

-Namun jangan dilupa, begitu juga bertambahnya dosa..

-Bersembang berbual di mana-mana, mulut sentiasa ingin mengata..

-Bila dipikir tentang harta, berapa ramai mengular masa kerja..(hmmmm)

-Bila bersukan bermain bola, nampak lutut aurat terbuka..

-Bila keluar ke bandar ataupun kota, begitu susah menjaga mata..

-Malam tidur pukul berapa, subuh entah ke mana..

-Bab bercinta pula, keluar berdua hukumnya apa..*(ada orang ketiga)

-Sunnah nabi tak buat tak apa, tapi jangan pula dihina..

-Ada yang terasa, biasalah aku pun sama.. (kah99)

-Dosa pada  manusia, ampun maaf dipinta..

-Dosa pada Yang Esa, angkat tangan bacalah doa..

-Mohon ampun segala dosa, dimasukkan ke syurga..

-Tema kedua selepas tema cinta, lagunya Taubat Seorang Hamba..(Keh33))




#yizlumik



Friday, August 22, 2014

Tema Cinta Stalker Puaka

Assalamualaikum..Apa khabar iman??

Setahun setelah menamatkan pengajian kejututeraan kimia

-ramai yang dah kerja, ada juga sambung sarjana..

-tapi hari ni ada tema,cinta stalker puaka ..

-ada yang dah kawen, tak lama lg nk jadi bapa..

-ada yang tunang, jumlahnya dua atau tiga..

-merisik pn dah ada,macam diatas juga jumlahnya..

-tak merisik pun , ada yang dah jumpa keluarga..

-belum jumpa keluarga, tapi dah lama bercinta..

-ada juga belum bercinta, tapi dah jumpa calonnya

-and then, there is me, di sini aku ada..kah99

-bukan nak cerita, nk bagi lagu tema sebenarnya..

-Permata Yang Dicari-Itulah tajoknya..keh33


   

-jiwang hambar

 #wanitaberusrahuntuklelakiberusrah



Thursday, August 21, 2014

#67 | Bangkitlah wahai setan merah!

Assalamualaikum.

Minggu pertama mungkin tidak sebegitu indah buat fans Manchester United seperti gua dan yang lain-lain. Melihat kekalahan di tempat sendiri menentang Swansea City which we had beaten them 4-0 in the season opener for the last season, melihat semua team-team top EPL melakarkan kemenangan mereka dengan agak bergaya dan tiada berita lagi tentang Arturo Vidal yang seperti menanti anak yang tidak pulang ketika hari raya lebaran. 


Sigurdsson dengan gol kemenangan buat Swansea City :(

Not really going, I guess?

14th in the table.

Tetapi dalam kesedihan itu ada sinar kegembiraan. Well, we managed to sign Marcos Rojo from Sporting Lisbon and loaned out Nani for a year. That's what we need, a defender. I really hope for a move to acquire Angel Di Maria's service at Old Trafford. Let's hope!

Welcome there, mate!

Sekian sahaja kupasan mingguan buat team paling power dalam England.
it has been two years since this blog last updated. yesterday something caught my eyes that the blog suddenly showed a spike in its traffic here. little did i know that people have been to this blog regularly for the past two years. the total pageview now stands at 13k pageview which i never thought would be that much since this blog was made just for us to express any current issues in the way we like (silly ways of course).

so today i decided to write this new entry just give update on what we have been up to for the pas two years. well for starter all of us have successfully graduated in bachelor of chemical engineering from utm (except for this one guy who has lost his will to study, god knows what is he up to now). so after graduation most of us started working with a small portion of our friends pursue their master's degree. i haven't got the chance to meet most of them after graduation but we still keep in touch in our whatsapp group.

as for the writer's of this stalkerpuaka blog, they'll write a new entry, eventually i guess. i've been telling them to and we have a new writer whose just posted his first entry yesterday. quite a nice entry i must say. thanks aman for the entry. so i guess do expect that funny silly and sometime serious articles from us soon! in the mean time, here's a song to bring up the mood eh


  

New Comers

Assalamualaikum..Apa khabar iman??

-stalker puaka berhabuk, cerita semua dah lapok.

-penulis-penulis baru, dikekalkan juga penulis terdahulu

-budak-budak baru belajar, biasalah tu kalau postnya hambar

-2 tahun tak update, some people thought its already dead

-adat ditelan zaman, dah takda mewarisi cerita bertauladan..(irama gadis jolobu)

-ayuh semua rakan-rakan, disinilah titik-titik kebangkitan,

-nantikan kemunculan semula, impian admin diharap berjaya..

-hambar 10 kali, hambar lg 10 kali..