Saturday, December 24, 2011

Separation Process sangat epic

Gua selaku AJK ter-rendah Stalker Puaka ingin satu mengusulkan cadangan. Cadangan tersebut berbunyi begini.

Gua merasakan pasukan bola padang 3-SKK semakin menempa nama di persada bola sepak UTM skudai. Digeruni, ditakuti, dihormati, dan tak kurang juga dijeling-jeling memandangkan kita antara satu-satunya batch Fakulti Kejuruteraan Kimia yg dikategorikan handal bermain bola. Gemar gua imbas kembali, zaman PPKK ditubuhkan, set-set Zaini Ujang tidak dikenali langsung di atas padang. Maka gua simpulkan set-set kita lah yg berjaya meletakkan nama SKK dikalangan team-team bola sepak padang di UTM. Jadi apa yg gua cuba cadangkan ialah, Stalker Puaka boleh lah mengambil kesempatan ini untuk mengembangkan lagi territory Stalker Puaka dengan menjadi penaja utama skuad bola sepak 3-SKK. Antara keperluan yg dirasakan perlu utk ditaja adalah ; minuman tenaga, makanan, satu set pakaian bola sepak lengkap dari hujung kaki ke hujung rambut, koleksi majalah bola sepak, video2 highlight EPL terutamanya perlawanan melibatkan MANUTD, dan tajaan yg dirasakan perlu oleh pihak Stalker Puaka.

Dengan ini, dengan harapan, pemegang-pemegang saham Stalker Puaka dapat memberikan respon sewajarnya terhadap cadangan ini secepat mungkin. Sebarang pertanyaan dan keraguan, boleh lah hubungi gua di L33, 107 C. Ketuk pintu sebelum masuk. hehe