Wednesday, August 31, 2011

surat kepada admin.



kehadapan tuan admin,

kita juga sebenarnya boleh keluar paper.
kita boleh ucap selamat hari raya dekat family-family kita dekat malaysia sana.





kita boleh tuan admin. percayalah. kita kena percaya dengan diri kita sendiri.


sekian,
saya yang percaya pada diri sendiri.


Tuesday, August 30, 2011

salam perantau.

kami pelajar kejuruteraan kimia dari University of Tennessee at Martin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H kepada ahli keluarga di Petaling Jaya, Semanggol, Melaka, Jitra, Kulai dan Johor Bahru. Semoga syawal kali ini membuka dimensi baru dalam hidup kita semua.




kami juga ingin mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua di atas segala salah dan silap yang telah kami lakukan sama ada secaara sedar atau pun tidak. tidak lupa juga kepada pembaca blog ini yang budiman sekalian. ampun dipohon sekiranya terdapat entri yang gagal memberi kepuasan yang maksima. teruskan menyokong kami dalam usaha melahirkan karya-karya yang lebih bermutu pada masa-masa akan datang.






jika tiada aral melintang dan duit iklan kami dah banyak, Insyallah kami akan anjurkan rumah terbuka khas untuk anda semua. oh, ya! satu lagi, jangan lupa nantikan entri paintball dari kami selepas hari raya ini!



Monday, August 29, 2011

rayaku sebagai jurutera

29 Ramadhan
0500



Hari ini merupakan hari terakhir umat islam di Malaysia, khususnya, berpuasa di bulan Ramadhan. Ini menandakan keesokan hari nya ialah hari raya aidifitri !

Namun bagi aku yg masih belum menamatkan kontrak kerja bersama Padini Offshore Oil & Gas Company, maka terpaksalah mengerah kuderat empat kerat sehingga hari raya kedua. Uniknya raya kali ini aku akan menyambut di perantuan, di Padini Offshore Platform Jusco Band Are Rare Year.

Atas alasan komitmen yg tinggi terhadap kerjaya , aku menyahut cabaran beraya tanpa keluarga di atas lautan yg terbentang luas berkordinat 2.21365,102.245727.

Buat rakan2 seperjuangan di UTM, KMJ, Melaka High School, Sek Keb Peringgit, Tadika Perpaduan Peringgit (International), rakan2 berbasikal, rakan2 memanjat gunung, rakan2 FB, dan tak lupa juga buat AHLI STALKER PUAKA yg dirindui , ingin aku mengunakan kesempatan ini utk mengucapkan

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR DAN BATIN"

Andai diri ini pernah melukakan hati kalian semua tak kira apa cara sekali pon, maafkan lah diri yg serba kekurangan ini. Minta halal segala termakannya makan minum dan jika terhutang tu minta lah dihalalkan juga. 

Raya tahun ni aku ada 7 helai baju Seed, 1 helai Padini dan 1 helai Padini Authentic.

Yang Benar 
Jurutera muda Padini Offshore Oil & Gas Company

*Video ini di dedicate kan kepada pembaca entry ini




Thursday, August 25, 2011

pesanan khidmat masyarakat.



pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan khas oleh A ron.
dengan kerjasama stalkerpuaka.
dibantu oleh kementerian keselamatan dalam negeri.

Wednesday, August 10, 2011

#52 : saya sayang. anda?

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Di saat gua tengah suka-suka sebab Manchester United menang piala sumbangsih dan Datuk Lee Chong Wei menang perlawanan pertama beliau di London, gua memang optimis bahawa dunia ini akan indah dan menggembirakan hati orang.

Manchester United 3 Manchester City 2.
Datuk Lee Chong Wei beraksi.

Ternyata gua silap. 

Jika hari ini, 10 Ogos bersamaan 10 Ramadhan dikira masuk, sudah 4 hari United Kingdom sudah huru-hara disebabkan oleh samseng-samseng jalanan. Membakar sana-sini, merompak sana-sini, memukul sana-sini. Sememangnya, England sudah tidak selamat sekarang. Boleh isytihar darurat rasanya. Ada pasangan yang sanggup bercium di tengah-tengah kekalutan itu untuk menenangkan pasangan itu. Gila mereka ini.




Selepas beberapa hari riot ini menggila, baru lah polis sana nak guna water cannon mereka. Gua dengar cerita riot sana, ramai budak tapi polis tak boleh nak handle. What happened there, mate? Kalau panggil FRU, dah bersepai mereka dengan tembakan padu air. 


Liga paling sensasi iaitu, English Premier League bakal terkena tempias riot ini. Tottenham, merupakan wilayah pertama yang huru-hara dan ticket office mereka telahpun dihancurkan. West Ham United, kelab yang tersingkir musim lepas terpaksa membatalkan perlawanan piala liga mereka atas sebab keselamatan. Sudah masuk hari yang ke-4, riot telah tersebar ke arah London terus ke Manchester. Gua harap Old Trafford tak kena bakar oleh riot ini. Perlawanan persahabatan antara England dan Holland juga telah dibatalkan.



Apakah sebab riot ini berlaku?

Dari pandangan gua, dari apa yang gua baca. Ada protes disebabkan masalah ekonomi tetapi polis telah membunuh seorang protester tanpa senjata. Ini yang menaikkan minyak orang-orang sana. Sebab kukuh lain gua tak sempat jumpa. Sebab Sergio Aguero tak main ke, apa lagi ke.

Lebih lanjut, bagaimana ia tersebar. How the riot spread?

Apa nasib rakan-rakan senegara kita yang sedang menuntut ilmu di sana? Yang sedang menyambut Ramadhan di sana? Gua harap ini tidak berlaku di tanah air gua. Gua sayang Malaysia. 


Sekian.

Sejarah Stalker

Sedar tak sedar blog stalker puaka sudah mencapai post yg ke 53 semalam.dan jumlah duit nuffnang yg terkumpul pown sudah mencecah rm5.bersempena dengan kejayaan ini hari nih admin ingin berkongsi tentang sejarah penubuhan blog stalker.ya adalah sangat penting bagi para pembaca untuk mengetahui asal usul blog ini dan siapa yg bertanggungjawab menubuhkan nya.
dari kiri (mahluk bumi,mohd nabil,saya budak baik,dan dimitar bertabov)

mereka di atas merupakan kumpulan pertama yang memperkenalkan nama stalker puaka ke public.pada awal penubuhannya stalker puaka merupakan satu bentuk perniagaan menjual makanan ringan popular masyarakat malaysia iaitu apollo.gambar di atas diambil sewaktu mereka sedang memasarkan produk mereka di sekitar blok2 kolej tun dr ismail.saudara faiz nordin merupakan pelanggan tetap mereka.kalau tidak disebabkan saudara faiz nordin sudah tentu bisnes mereka lingkup kekeke.

namun langit tidak sentiasa cerah akhirnya perniagaan mereka terpaksa ditutup akibat menerima saingan yg sangat hebat dr peniaga2 lain yg lebih berpengalaman dari mereka.pelanggan tetap mereka saudara faiz nordin juga sudah tidak mampu membeli produk dr mereka akibat wang jpa beliau yg semakin bekurangan.

oleh disebabkan itu,selepas saja kelas organic chemistry tamat (kalau tak silap la kelas OC) faiz nordin telah mengutarakan cadangan kepada dimitar bertabov yang dia mahu menebuhkan sebuah blog khas yg ditulis oleh  mereka.mendengarkan cadangan itu dimitar bertabov sudah mula menunjukkan tanda2 beliau setuju kerana menulis blog merupakan aktiviti sampingan beliau ketika waktu lapang.faiz nordin kemudian mencadangkan untuk memasukkan mohd nabil kedalam list penulis blog stalker ini kerana beliau juga merupakan penulis blog berkala.cadangan ini kemudianya diextendkan utk memasukkan mahluk bumi kedalam list menajadikan jumlah penulis kepada 4orang.

dimitar bertabov kemudian bertanya kepada faiz nordin akan nama blog yg akan ditubuhkan ini dan dengan rasa hormatnya faiz mencadangkan nama STALKER PUAKA digunakan bagi menghormati grup pengasas asal stalker puaka yg gambar kat atas tuh. maka selepas itu barulah saya budak baik,diego fazley dan wawan join list penulis blog ini.first entry blog ini adalah ditulis oleh faiz dengan entry ini

dengan itu wahai pembaca yang dihormati begitulah kisahnya bagaimana blog stalker puaka ditubuhkan.harap  blog ini akan terus menjadi bahan bacaan anda dikala waktu lapang. 

Tuesday, August 9, 2011

malek kl gangster kembali kepangkal jalan.

TERKINI : malek telah kembali kepangkal jalan. khabarnya setelah keluar penjara malek telah insaf, dan kembali ke pangkal jalan. malek telah memulakan hidup baharu dan cuba melupakan peristiwa-peristiwa hitam dalam hidupnya.



dalam usaha beliau untuk melupakan kisah lampaunya, malek telah menukar namanya kepada irfan. setelah menukar namanya kepada irfan, dia telah bertunang dengan amni sorfina seorang gadis yang tabah, lemah lembut dan penyayang. amni merupakan seorang guru agama. irfan sangat mencintai amni penuh keikhlasan. sama seperti ketika zamanya sebagai gangster, irfan mempunyai wajah yang kacak. kini irfan telah kaya atas titik peluhnya sendiri. malangnya, irfan kurang ilmu agama, selari dengan statusnya sebagai bekas gangster.

ilmu agama irfan tidaklah setinggi taufik. siapa pula taufik ini?
taufik merupakan cinta pertama amni. taufik agak alim dan berpengetahuan tinggi dalam ilmu agama dan merupakan lelaki pertama yang telah menambat hati amni.

untuk rekod, kamus dewan edisi keempat muka surat 1616 mendefinasikan taufik sebagai, panduan dan pertolongan (Allah). manakala amni dan irfan pula tiada dalam rekod kamus dewan.

apakah kesudahan hidup malik atau irfan ini? siapakah yang akan amni pilih? adakah cinta ikhlas irfan akan berbalas? atau cinta amni terhadap taufik masih lagi kuat? sama-sama kita saksikan.




gua berdoa semoga suatu hari nanti, shark juga akan mengikut jejak langkah malek.



p/s: kalau lu orang perasan, dalam scene drama-drama melayu, watak nama taufik ni mesti watak baik-baik. jarang watak nama taufik jadi antoganis. lu orang perasan tak? gua perasan dah lama jugak sebenarnya ni.

Sunday, August 7, 2011

jelatek gengster


salam & slamat brpose smua...hope yg xde keuzuran tu pose pnuh lg stkat ni ye..jgn ponteng2..adik aku yg umur 8 taun pon pose pnuh kot..

entry kali ni bkan nk ckap sal pose..
bkan nk ckap sal brbka lauk pe ari nih..
bkan nk ckap sal bju rya kaler pe taun ni..(ceh..pose bru smggu kot)
tp nk ckap sal filem KL gngster yg brjya kutip around 11 juta tu.

cite arahan anak yusuf haslam yg pecah box opis

wlaupon dh lapuk,ak ttap nk tulis gk...hahaha
bngga kot bile dgaq filem mlyu laris giler cm 2..
wlaupon de prob timbul lpas filem tu siap ..
cm prob samsul ngn pekidanya..
tp sttle bek smua..

dengaq2 KL gengster tu de smbungn nye..
bleh ke filem 2nd tu pecah box opis gk??
sme2 la sksikan nnti ye..



ni cite KL gngster versi bru pnye..
adaptasi dari KL gengster 1...
muncul lah 'Jelatek Gengster'..
hahahaha...
mcm2..sekian..

Monday, August 1, 2011

TAHU !!!!



minah: oit Timah...ak de crita baik pnye nii..hg knai x ank pak kasim tu..
timah : ank pak kasim??emm...owh..joyah tonggek tu..awat ngn dia??
minah: laa..hg xtau lg ke..mmg ketingglan zman btoi la..org ckap dia kwin lari..btoi ka??
timah: awat jd cm 2??msti pak kasim nk jual ank ni..letak hrga mhai2..mmg kwen lari la..de g letak hrga smpai rm20k..mmg smpi telnjg la laki tu..
minah: tu la..pak kasim tu pon stu..dia igt nk juai ank ke apa..letak mahai nk mmpuih..
timah : ish2..ak kna tepon bg tau lina senget ni..dia pon msti xtau lg..


timah ngn minah x pnah missed stu bnda pon yg jd kt kg depa

POT PET..POT PET..ckap dh mngalahkn PM dh..smua dia tau..brita yg x kua kt paper or tv pon depa dh tau..mmg laju depa ni..lg lju dri strmyx ak pkai ni..adoi!!..smua bnda smpai hal2 yg x ptot tau pon depa tau gk..PELIK2!!!..ptot la rmei org ckap rkyat Malaysia mmg 'PRIHATIN'.

boy : bro..menatang pe nih!!!dok kelip2 dri td lg..x brenti..
lan : lorh..hg xtau ke??ni la beruk-ben..bnda nih kta leh gne kt mn2 je utk on9..
boy : wat??beruk-ben..cm beruk mak yeh je..haha
lan : hg jgn dok gelak..hg xtau mnatg nih,kira dh kuno gila la hg nih..
boy : laa..xtau bnda nih pon dh kna label kuno ke??xptot2...
lan : yela..hg mn tau btpa pnting nye intnet ni..ak xleh idup klu xde natang nih..hg nih,ntah2 fesbuk pon xde pe..
boy : fesbuk??buku pe tuh..
lan : mmg kuno..
boy : ...............


Bila org xtau sal bnda2 trkini,di label mcm2..skit tlinga nk dgaq..mmg x slah klu nk ambil tau sal bnda2 trkini,tp jgn la smpi perlekeh org len..ni klu org xtau sal APEK ptus tnng,ckap x ikuti prkmbngn semasa lah..xtau sal pakai tdung yuna,ketingglan zaman lah..


tu diaaa..nk ikut fesyen trkini smpi halal hram dh x knai..ish2..

Tp,pernah hampa smua trpkir brapa rmei org yg xtau sal agama nih..xpnah plak depa rasa malu or tertinggal..depa rase ilmu tntg dunia skunk lg penting utk depa..depa ni idup utk dnia je ke??awat??kte idup ni pon x lme...stu hari nnti msti mati jgak..ble ckap sal ibadah,msti de je alasannya..

"ala,ak mda lg..nnti dh tua ak tobat la.."
"hello,i ske ati i lah nk pakai cne pon..nnti mati kubur lain2.."

mcm ni lah persepsi msyrkt..ble di sruh wat bek,ckap mcm idup kt dnia ni lme..mcm la idup brjuta taun lmenye..ble suh brubah,ckap mcm idup dia tu dh cnfrm slmat dnia akhirt..mmg la mnusia ni xleh bg hidyah tp at least ble org len tu tgur,hormt la..jgn la dok angkuh sgt cm dh tau smuanya..jgn smpai status ISLAM tu juz dlam IC je..septotnye ISLAM tu de dlam kehidupn stiap pngnutnye..

skunk ni dh msuk 1 ramadhan..jom la kte jd kn bulan yg mulia ni stu medan utk brubah..stu skolah utk mnddik kte mnjd insan yg lbih bek..brubah dri org yg x solt kpd org yg x pnah tggal solat walau solat sunat pon...brhijrah dr org yg x pnah bc quran kpada org yg istiqamah dgn quran dan isi kndungnnya..mgkin ini adalah mse yg terbek utk sseorg itu melatih drinya coz mnusia skunk hnya bermusuhan dgn nfsunya..1 by 1..mcm bola la..klu 1 by 1 ngn keper,wjib gol..klu x gol,mmg xtau nk ckap pe la..mcm tu la ngn kte nih..sptotnye kte dpt la lwan nfsu kte bulan rmdhan nih..sme2 la kte doa kn ye..

kesempatan ni,warga STALKER PUAKA mngucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK kepada sluruh umat islam di slruh Malaysia dan dunia khususnya kepada pembca blog ni..

p/s : ak pon x bek sgt..sme2 kte ncht mnchti k..hehe