Saturday, July 30, 2011

Friday, July 29, 2011

malaysia menentang singapura.

STALKER PUAKA INGIN MERAKAMKAN UCAPAN TAHNIAH DAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA SELURUH AHLI PASUKAN HARIMAU MALAYA atas usaha dan keberanian membawa nama malaysia.

semalam telah berlangsung satu pesta besar di stadium nasional bukit jalil. agensi berita antarabangsa espn menganggarkan 87000 orang hadir menyertai pesta tersebut. begitu meriah!

stadium penuh, gegak gempita dengan sokongan rakyat malaysia. kadang-kadang kedengaran jeritan LOSER dari penyokong malaysia yang bosan dengan sikap acuh tak acuh pemain singapura. seluruh singapura dapat lihat ahli fisioterapi perempuan singapura asyik berlari-lari ke dalam padang membawa beg berisi barang-barang perubatan. fifa tidak boleh paandang enteng isu ini. fifa perlu haramkan ahli fisioterai perempuan, kalau tidak player asyik nak injured sahaja.

bercerita mengenai injured, diawal permainan lagi aidil zafuan razak terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan. apa yang gua fikirkan, gua berpendapat scene bola sepak dan scene hiburan di malaysia tidak sesuai berjalan seiring. contoh lain, ayu raudhah. sampai sekarang tidak kembali ke puncak prestasi lagi. tapi kalau jodoh, tak akan kita hendak halang. kita berdoa sahajalah mereka cepat sembuh dan bahagia kerana bagi seorang pemain bola sepak, tahap kecergasan dan kebahagiaan rumah tangga adalah perkara asas yang menentukan sama ada player itu boleh pergi jauh atau tidak. tapi aktiviti player bola bergambar di swimming pool untuk keluar majalah mangga perlu dihentikan. itu pasti bagi gua.

malaysia tidak kalah semalam. tetapi malaysia kalah di jalan besar. tapi yang pasti prestasi pasukan malaysia kali ini jauh merosot berbanding prestasi mereka ketika memenangi piala aff suzuki disember lepas. tapi sebagai penyokong, kita tetap menyokong, baik time menang mahupun time kalah. bezanya time menang kita puji, time kalah kita kritik dengan harapan team malaysia akan improve selepas ini.

tapi kita tetap berbangga dengan pasukan kebangsaan kita yang dibarisi 100% anak tempatan. tidak seperti singapura, filipina, indonesia, jepun, perancis, bahrain, qatar. mereka semua sama seperti jerman yang terpaksa mengharapkan mesut cacau bagi memantapkan pasukan mereka. tapi dalam sukan-sukan lain, kita turut mengimport yuan yufang dan hidayat hamidon arbi. tapi kita percaya kita sebenarnya kaya dengan bakat anak tempatan. jika kita ke semanggol, limbang, bayan lepas, kubang bemban dan senandin pasti kita boleh mencungkil bakat kanak-kanak yang boleh diangakat dan di didik menjadi bintang sukan dunia satu hari nanti.

mungkin bakat muda inilah yang akan membawa malaysia ke piala dunia satu hari nanti. ia bukan mustahil. baik piala dunia lelaki mahupun piala dunia wanita. Insyallah satu hari nanti, tidak kira la bila. tapi jangan la lama sangat.

HARIMAU MALAYA!
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!

pst!
apakah detik yang anda paling ingati sepanjang pesta tersebut berlangsung?
selain saat safee sali merembat bola umpanan s.kunalan membolosi gawang singapura dengan boot nike tajaan beliau, kami di stalkerpuaka berpendapat gambar dibawah merupakan antara saat-saat epik seanjang perlawanan semalam. 


safee sali bicyle kick