Wednesday, June 15, 2011

#45 : tahan.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Dah berkurun gua tak update dekat blog ini, sunyi rasanya. Gua jalan-jalan tadi, jumpa satu benda. Lu orang semua tahukan yang 10 website file sharing kena blocked? 

Ini yang 10 tu.

Ini yang telah di-block oleh Malaysian Communications and Multimedia Commission (SKMM). Gua first-first baca dekat surat khabar The Stars pun terkejut juga. Nasib baiklah depa tak listkan terus 4shared ke, mediafire ke. Gua nak layan movie waktu cuti panjang gua. Kalau tak, mati kebosanan gua. Nasib baik tak ada. 

Ini bukan buat gua terkejut sorang-sorang, ramai juga yang tidak setuju dengan perkara ini. Contohnya, dalam artikel ini. Dalam laman sesawang sosial Facebook, mereka dah create page untuk condemned usaha kerajaan ini. 

To read more.

Ramai juga yang like page itu. Gua belum lagi. Itu cerita di Facebook, ini cerita pasal hack. Gua ada baca pasal geng Anonymous ini. Bila baca pasal mereka, gua suka identity mereka. Topeng pun nampak seram, dan mereka telah mengancam untuk hack lawan sesawang kerajaan.

Operasi hacking-menghacking.

Gua ada tengok laman web tourism malaysia. Seram juga beb. Ini yang keluar kalau lu orang surf sana.

Gua tengok balik, dah okay dah laman sesawang tu.

Gua dengar lawan sesawang politeknik juga terkena benda yang sama. Hebat juga para-para hackers ini. Laman web sesawang rileks je mereka bantai. Kalau dorang dapat hack laman sesawang kerajaan yang lagi penting. Gua pun tak tahu apa nak jadi. 

Gua hanya tunggu dan lihat, apa langkah mereka selepas ini. Mereka yang hacking ini hanya mahukan kebebasan untuk online dan download. Mereka akan pergi lebih ganas jika kebebasan ini tidak dikembalikan. Gua baca pun meremang bulu roma. 

Sekian.