Saturday, December 24, 2011

Separation Process sangat epic

Gua selaku AJK ter-rendah Stalker Puaka ingin satu mengusulkan cadangan. Cadangan tersebut berbunyi begini.

Gua merasakan pasukan bola padang 3-SKK semakin menempa nama di persada bola sepak UTM skudai. Digeruni, ditakuti, dihormati, dan tak kurang juga dijeling-jeling memandangkan kita antara satu-satunya batch Fakulti Kejuruteraan Kimia yg dikategorikan handal bermain bola. Gemar gua imbas kembali, zaman PPKK ditubuhkan, set-set Zaini Ujang tidak dikenali langsung di atas padang. Maka gua simpulkan set-set kita lah yg berjaya meletakkan nama SKK dikalangan team-team bola sepak padang di UTM. Jadi apa yg gua cuba cadangkan ialah, Stalker Puaka boleh lah mengambil kesempatan ini untuk mengembangkan lagi territory Stalker Puaka dengan menjadi penaja utama skuad bola sepak 3-SKK. Antara keperluan yg dirasakan perlu utk ditaja adalah ; minuman tenaga, makanan, satu set pakaian bola sepak lengkap dari hujung kaki ke hujung rambut, koleksi majalah bola sepak, video2 highlight EPL terutamanya perlawanan melibatkan MANUTD, dan tajaan yg dirasakan perlu oleh pihak Stalker Puaka.

Dengan ini, dengan harapan, pemegang-pemegang saham Stalker Puaka dapat memberikan respon sewajarnya terhadap cadangan ini secepat mungkin. Sebarang pertanyaan dan keraguan, boleh lah hubungi gua di L33, 107 C. Ketuk pintu sebelum masuk. hehe

Monday, October 24, 2011

GLORY GLORY MAN UTD

MULS - Manchester United Loyal Supporters

For All Barca fans laughing at us...tell them they aint the top of the Spanish league...Leo Messi missed a 
penalty(LOL)


For All LiverFOOL FC fans laughing at us...tell them COME BACK WHEN YOU ARE 19


For All Arsengal Fans laughing at us...You need another hammering...remember 8-2 ??


For all Chelshit Fans laughing at us...Remember 3-1 and last year defeats ??


For all MAN SHITTY fans laughing..it costed 260.1 million pounds for just a win ..more to it.....Trophies: Man 
Utd 32 - 1 Shitty


♥ I LOVE UNITED SINCE I WAS A KID ! ♥





*dear admin tolong jangan padam post ini. kami mahukan kebebasan untuk bersuara. 

Friday, October 14, 2011

HAPPY BIRTHDAY LIN DAN.

untuk disewa.

pemain bolo untuk disewa



corak permainan bertaraf bintang. mutu umpanan umpama david beckham. naluri pemusnah seperti michael owen. skil kepimpinan sehebat bebeto. larian sederas mokhtar dahari. kaki kiri secantik ryan giggs. kaki kanan seberharga safiq rahim.
berminat?
sila like.
untuk maklumat lanjut, sila komen.

Tuesday, September 6, 2011

Saya suka ber-roomate-kan budak junior

Selaku satu-satunya ahli STALKER PUAKA cawangan KTDI semester hadapan, gua dedicate kan entry ini khas untuk ahli-ahli stalker puaka and fans.

Gambar gua bersama roomate semester hadapan

Thursday, September 1, 2011

is this what our religion teaches us?


I am not a perfect muslim my self but I know my limits.
from what I see the girl above is giving a bad reputation to
all muslim women who wears hijab

I know people nowadays are so excited to upload a photo of them
onto the social networking site but please
know your limits.


Wednesday, August 31, 2011

surat kepada admin.



kehadapan tuan admin,

kita juga sebenarnya boleh keluar paper.
kita boleh ucap selamat hari raya dekat family-family kita dekat malaysia sana.





kita boleh tuan admin. percayalah. kita kena percaya dengan diri kita sendiri.


sekian,
saya yang percaya pada diri sendiri.


Tuesday, August 30, 2011

salam perantau.

kami pelajar kejuruteraan kimia dari University of Tennessee at Martin ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432H kepada ahli keluarga di Petaling Jaya, Semanggol, Melaka, Jitra, Kulai dan Johor Bahru. Semoga syawal kali ini membuka dimensi baru dalam hidup kita semua.




kami juga ingin mengambil kesempatan memohon maaf kepada semua di atas segala salah dan silap yang telah kami lakukan sama ada secaara sedar atau pun tidak. tidak lupa juga kepada pembaca blog ini yang budiman sekalian. ampun dipohon sekiranya terdapat entri yang gagal memberi kepuasan yang maksima. teruskan menyokong kami dalam usaha melahirkan karya-karya yang lebih bermutu pada masa-masa akan datang.






jika tiada aral melintang dan duit iklan kami dah banyak, Insyallah kami akan anjurkan rumah terbuka khas untuk anda semua. oh, ya! satu lagi, jangan lupa nantikan entri paintball dari kami selepas hari raya ini!



Monday, August 29, 2011

rayaku sebagai jurutera

29 Ramadhan
0500



Hari ini merupakan hari terakhir umat islam di Malaysia, khususnya, berpuasa di bulan Ramadhan. Ini menandakan keesokan hari nya ialah hari raya aidifitri !

Namun bagi aku yg masih belum menamatkan kontrak kerja bersama Padini Offshore Oil & Gas Company, maka terpaksalah mengerah kuderat empat kerat sehingga hari raya kedua. Uniknya raya kali ini aku akan menyambut di perantuan, di Padini Offshore Platform Jusco Band Are Rare Year.

Atas alasan komitmen yg tinggi terhadap kerjaya , aku menyahut cabaran beraya tanpa keluarga di atas lautan yg terbentang luas berkordinat 2.21365,102.245727.

Buat rakan2 seperjuangan di UTM, KMJ, Melaka High School, Sek Keb Peringgit, Tadika Perpaduan Peringgit (International), rakan2 berbasikal, rakan2 memanjat gunung, rakan2 FB, dan tak lupa juga buat AHLI STALKER PUAKA yg dirindui , ingin aku mengunakan kesempatan ini utk mengucapkan

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI & MAAF ZAHIR DAN BATIN"

Andai diri ini pernah melukakan hati kalian semua tak kira apa cara sekali pon, maafkan lah diri yg serba kekurangan ini. Minta halal segala termakannya makan minum dan jika terhutang tu minta lah dihalalkan juga. 

Raya tahun ni aku ada 7 helai baju Seed, 1 helai Padini dan 1 helai Padini Authentic.

Yang Benar 
Jurutera muda Padini Offshore Oil & Gas Company

*Video ini di dedicate kan kepada pembaca entry ini




Thursday, August 25, 2011

pesanan khidmat masyarakat.



pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan khas oleh A ron.
dengan kerjasama stalkerpuaka.
dibantu oleh kementerian keselamatan dalam negeri.

Wednesday, August 10, 2011

#52 : saya sayang. anda?

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Di saat gua tengah suka-suka sebab Manchester United menang piala sumbangsih dan Datuk Lee Chong Wei menang perlawanan pertama beliau di London, gua memang optimis bahawa dunia ini akan indah dan menggembirakan hati orang.

Manchester United 3 Manchester City 2.
Datuk Lee Chong Wei beraksi.

Ternyata gua silap. 

Jika hari ini, 10 Ogos bersamaan 10 Ramadhan dikira masuk, sudah 4 hari United Kingdom sudah huru-hara disebabkan oleh samseng-samseng jalanan. Membakar sana-sini, merompak sana-sini, memukul sana-sini. Sememangnya, England sudah tidak selamat sekarang. Boleh isytihar darurat rasanya. Ada pasangan yang sanggup bercium di tengah-tengah kekalutan itu untuk menenangkan pasangan itu. Gila mereka ini.




Selepas beberapa hari riot ini menggila, baru lah polis sana nak guna water cannon mereka. Gua dengar cerita riot sana, ramai budak tapi polis tak boleh nak handle. What happened there, mate? Kalau panggil FRU, dah bersepai mereka dengan tembakan padu air. 


Liga paling sensasi iaitu, English Premier League bakal terkena tempias riot ini. Tottenham, merupakan wilayah pertama yang huru-hara dan ticket office mereka telahpun dihancurkan. West Ham United, kelab yang tersingkir musim lepas terpaksa membatalkan perlawanan piala liga mereka atas sebab keselamatan. Sudah masuk hari yang ke-4, riot telah tersebar ke arah London terus ke Manchester. Gua harap Old Trafford tak kena bakar oleh riot ini. Perlawanan persahabatan antara England dan Holland juga telah dibatalkan.



Apakah sebab riot ini berlaku?

Dari pandangan gua, dari apa yang gua baca. Ada protes disebabkan masalah ekonomi tetapi polis telah membunuh seorang protester tanpa senjata. Ini yang menaikkan minyak orang-orang sana. Sebab kukuh lain gua tak sempat jumpa. Sebab Sergio Aguero tak main ke, apa lagi ke.

Lebih lanjut, bagaimana ia tersebar. How the riot spread?

Apa nasib rakan-rakan senegara kita yang sedang menuntut ilmu di sana? Yang sedang menyambut Ramadhan di sana? Gua harap ini tidak berlaku di tanah air gua. Gua sayang Malaysia. 


Sekian.

Sejarah Stalker

Sedar tak sedar blog stalker puaka sudah mencapai post yg ke 53 semalam.dan jumlah duit nuffnang yg terkumpul pown sudah mencecah rm5.bersempena dengan kejayaan ini hari nih admin ingin berkongsi tentang sejarah penubuhan blog stalker.ya adalah sangat penting bagi para pembaca untuk mengetahui asal usul blog ini dan siapa yg bertanggungjawab menubuhkan nya.
dari kiri (mahluk bumi,mohd nabil,saya budak baik,dan dimitar bertabov)

mereka di atas merupakan kumpulan pertama yang memperkenalkan nama stalker puaka ke public.pada awal penubuhannya stalker puaka merupakan satu bentuk perniagaan menjual makanan ringan popular masyarakat malaysia iaitu apollo.gambar di atas diambil sewaktu mereka sedang memasarkan produk mereka di sekitar blok2 kolej tun dr ismail.saudara faiz nordin merupakan pelanggan tetap mereka.kalau tidak disebabkan saudara faiz nordin sudah tentu bisnes mereka lingkup kekeke.

namun langit tidak sentiasa cerah akhirnya perniagaan mereka terpaksa ditutup akibat menerima saingan yg sangat hebat dr peniaga2 lain yg lebih berpengalaman dari mereka.pelanggan tetap mereka saudara faiz nordin juga sudah tidak mampu membeli produk dr mereka akibat wang jpa beliau yg semakin bekurangan.

oleh disebabkan itu,selepas saja kelas organic chemistry tamat (kalau tak silap la kelas OC) faiz nordin telah mengutarakan cadangan kepada dimitar bertabov yang dia mahu menebuhkan sebuah blog khas yg ditulis oleh  mereka.mendengarkan cadangan itu dimitar bertabov sudah mula menunjukkan tanda2 beliau setuju kerana menulis blog merupakan aktiviti sampingan beliau ketika waktu lapang.faiz nordin kemudian mencadangkan untuk memasukkan mohd nabil kedalam list penulis blog stalker ini kerana beliau juga merupakan penulis blog berkala.cadangan ini kemudianya diextendkan utk memasukkan mahluk bumi kedalam list menajadikan jumlah penulis kepada 4orang.

dimitar bertabov kemudian bertanya kepada faiz nordin akan nama blog yg akan ditubuhkan ini dan dengan rasa hormatnya faiz mencadangkan nama STALKER PUAKA digunakan bagi menghormati grup pengasas asal stalker puaka yg gambar kat atas tuh. maka selepas itu barulah saya budak baik,diego fazley dan wawan join list penulis blog ini.first entry blog ini adalah ditulis oleh faiz dengan entry ini

dengan itu wahai pembaca yang dihormati begitulah kisahnya bagaimana blog stalker puaka ditubuhkan.harap  blog ini akan terus menjadi bahan bacaan anda dikala waktu lapang. 

Tuesday, August 9, 2011

malek kl gangster kembali kepangkal jalan.

TERKINI : malek telah kembali kepangkal jalan. khabarnya setelah keluar penjara malek telah insaf, dan kembali ke pangkal jalan. malek telah memulakan hidup baharu dan cuba melupakan peristiwa-peristiwa hitam dalam hidupnya.



dalam usaha beliau untuk melupakan kisah lampaunya, malek telah menukar namanya kepada irfan. setelah menukar namanya kepada irfan, dia telah bertunang dengan amni sorfina seorang gadis yang tabah, lemah lembut dan penyayang. amni merupakan seorang guru agama. irfan sangat mencintai amni penuh keikhlasan. sama seperti ketika zamanya sebagai gangster, irfan mempunyai wajah yang kacak. kini irfan telah kaya atas titik peluhnya sendiri. malangnya, irfan kurang ilmu agama, selari dengan statusnya sebagai bekas gangster.

ilmu agama irfan tidaklah setinggi taufik. siapa pula taufik ini?
taufik merupakan cinta pertama amni. taufik agak alim dan berpengetahuan tinggi dalam ilmu agama dan merupakan lelaki pertama yang telah menambat hati amni.

untuk rekod, kamus dewan edisi keempat muka surat 1616 mendefinasikan taufik sebagai, panduan dan pertolongan (Allah). manakala amni dan irfan pula tiada dalam rekod kamus dewan.

apakah kesudahan hidup malik atau irfan ini? siapakah yang akan amni pilih? adakah cinta ikhlas irfan akan berbalas? atau cinta amni terhadap taufik masih lagi kuat? sama-sama kita saksikan.




gua berdoa semoga suatu hari nanti, shark juga akan mengikut jejak langkah malek.



p/s: kalau lu orang perasan, dalam scene drama-drama melayu, watak nama taufik ni mesti watak baik-baik. jarang watak nama taufik jadi antoganis. lu orang perasan tak? gua perasan dah lama jugak sebenarnya ni.

Sunday, August 7, 2011

jelatek gengster


salam & slamat brpose smua...hope yg xde keuzuran tu pose pnuh lg stkat ni ye..jgn ponteng2..adik aku yg umur 8 taun pon pose pnuh kot..

entry kali ni bkan nk ckap sal pose..
bkan nk ckap sal brbka lauk pe ari nih..
bkan nk ckap sal bju rya kaler pe taun ni..(ceh..pose bru smggu kot)
tp nk ckap sal filem KL gngster yg brjya kutip around 11 juta tu.

cite arahan anak yusuf haslam yg pecah box opis

wlaupon dh lapuk,ak ttap nk tulis gk...hahaha
bngga kot bile dgaq filem mlyu laris giler cm 2..
wlaupon de prob timbul lpas filem tu siap ..
cm prob samsul ngn pekidanya..
tp sttle bek smua..

dengaq2 KL gengster tu de smbungn nye..
bleh ke filem 2nd tu pecah box opis gk??
sme2 la sksikan nnti ye..



ni cite KL gngster versi bru pnye..
adaptasi dari KL gengster 1...
muncul lah 'Jelatek Gengster'..
hahahaha...
mcm2..sekian..

Monday, August 1, 2011

TAHU !!!!



minah: oit Timah...ak de crita baik pnye nii..hg knai x ank pak kasim tu..
timah : ank pak kasim??emm...owh..joyah tonggek tu..awat ngn dia??
minah: laa..hg xtau lg ke..mmg ketingglan zman btoi la..org ckap dia kwin lari..btoi ka??
timah: awat jd cm 2??msti pak kasim nk jual ank ni..letak hrga mhai2..mmg kwen lari la..de g letak hrga smpai rm20k..mmg smpi telnjg la laki tu..
minah: tu la..pak kasim tu pon stu..dia igt nk juai ank ke apa..letak mahai nk mmpuih..
timah : ish2..ak kna tepon bg tau lina senget ni..dia pon msti xtau lg..


timah ngn minah x pnah missed stu bnda pon yg jd kt kg depa

POT PET..POT PET..ckap dh mngalahkn PM dh..smua dia tau..brita yg x kua kt paper or tv pon depa dh tau..mmg laju depa ni..lg lju dri strmyx ak pkai ni..adoi!!..smua bnda smpai hal2 yg x ptot tau pon depa tau gk..PELIK2!!!..ptot la rmei org ckap rkyat Malaysia mmg 'PRIHATIN'.

boy : bro..menatang pe nih!!!dok kelip2 dri td lg..x brenti..
lan : lorh..hg xtau ke??ni la beruk-ben..bnda nih kta leh gne kt mn2 je utk on9..
boy : wat??beruk-ben..cm beruk mak yeh je..haha
lan : hg jgn dok gelak..hg xtau mnatg nih,kira dh kuno gila la hg nih..
boy : laa..xtau bnda nih pon dh kna label kuno ke??xptot2...
lan : yela..hg mn tau btpa pnting nye intnet ni..ak xleh idup klu xde natang nih..hg nih,ntah2 fesbuk pon xde pe..
boy : fesbuk??buku pe tuh..
lan : mmg kuno..
boy : ...............


Bila org xtau sal bnda2 trkini,di label mcm2..skit tlinga nk dgaq..mmg x slah klu nk ambil tau sal bnda2 trkini,tp jgn la smpi perlekeh org len..ni klu org xtau sal APEK ptus tnng,ckap x ikuti prkmbngn semasa lah..xtau sal pakai tdung yuna,ketingglan zaman lah..


tu diaaa..nk ikut fesyen trkini smpi halal hram dh x knai..ish2..

Tp,pernah hampa smua trpkir brapa rmei org yg xtau sal agama nih..xpnah plak depa rasa malu or tertinggal..depa rase ilmu tntg dunia skunk lg penting utk depa..depa ni idup utk dnia je ke??awat??kte idup ni pon x lme...stu hari nnti msti mati jgak..ble ckap sal ibadah,msti de je alasannya..

"ala,ak mda lg..nnti dh tua ak tobat la.."
"hello,i ske ati i lah nk pakai cne pon..nnti mati kubur lain2.."

mcm ni lah persepsi msyrkt..ble di sruh wat bek,ckap mcm idup kt dnia ni lme..mcm la idup brjuta taun lmenye..ble suh brubah,ckap mcm idup dia tu dh cnfrm slmat dnia akhirt..mmg la mnusia ni xleh bg hidyah tp at least ble org len tu tgur,hormt la..jgn la dok angkuh sgt cm dh tau smuanya..jgn smpai status ISLAM tu juz dlam IC je..septotnye ISLAM tu de dlam kehidupn stiap pngnutnye..

skunk ni dh msuk 1 ramadhan..jom la kte jd kn bulan yg mulia ni stu medan utk brubah..stu skolah utk mnddik kte mnjd insan yg lbih bek..brubah dri org yg x solt kpd org yg x pnah tggal solat walau solat sunat pon...brhijrah dr org yg x pnah bc quran kpada org yg istiqamah dgn quran dan isi kndungnnya..mgkin ini adalah mse yg terbek utk sseorg itu melatih drinya coz mnusia skunk hnya bermusuhan dgn nfsunya..1 by 1..mcm bola la..klu 1 by 1 ngn keper,wjib gol..klu x gol,mmg xtau nk ckap pe la..mcm tu la ngn kte nih..sptotnye kte dpt la lwan nfsu kte bulan rmdhan nih..sme2 la kte doa kn ye..

kesempatan ni,warga STALKER PUAKA mngucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK kepada sluruh umat islam di slruh Malaysia dan dunia khususnya kepada pembca blog ni..

p/s : ak pon x bek sgt..sme2 kte ncht mnchti k..hehe

Saturday, July 30, 2011

Friday, July 29, 2011

malaysia menentang singapura.

STALKER PUAKA INGIN MERAKAMKAN UCAPAN TAHNIAH DAN SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN KEPADA SELURUH AHLI PASUKAN HARIMAU MALAYA atas usaha dan keberanian membawa nama malaysia.

semalam telah berlangsung satu pesta besar di stadium nasional bukit jalil. agensi berita antarabangsa espn menganggarkan 87000 orang hadir menyertai pesta tersebut. begitu meriah!

stadium penuh, gegak gempita dengan sokongan rakyat malaysia. kadang-kadang kedengaran jeritan LOSER dari penyokong malaysia yang bosan dengan sikap acuh tak acuh pemain singapura. seluruh singapura dapat lihat ahli fisioterapi perempuan singapura asyik berlari-lari ke dalam padang membawa beg berisi barang-barang perubatan. fifa tidak boleh paandang enteng isu ini. fifa perlu haramkan ahli fisioterai perempuan, kalau tidak player asyik nak injured sahaja.

bercerita mengenai injured, diawal permainan lagi aidil zafuan razak terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan. apa yang gua fikirkan, gua berpendapat scene bola sepak dan scene hiburan di malaysia tidak sesuai berjalan seiring. contoh lain, ayu raudhah. sampai sekarang tidak kembali ke puncak prestasi lagi. tapi kalau jodoh, tak akan kita hendak halang. kita berdoa sahajalah mereka cepat sembuh dan bahagia kerana bagi seorang pemain bola sepak, tahap kecergasan dan kebahagiaan rumah tangga adalah perkara asas yang menentukan sama ada player itu boleh pergi jauh atau tidak. tapi aktiviti player bola bergambar di swimming pool untuk keluar majalah mangga perlu dihentikan. itu pasti bagi gua.

malaysia tidak kalah semalam. tetapi malaysia kalah di jalan besar. tapi yang pasti prestasi pasukan malaysia kali ini jauh merosot berbanding prestasi mereka ketika memenangi piala aff suzuki disember lepas. tapi sebagai penyokong, kita tetap menyokong, baik time menang mahupun time kalah. bezanya time menang kita puji, time kalah kita kritik dengan harapan team malaysia akan improve selepas ini.

tapi kita tetap berbangga dengan pasukan kebangsaan kita yang dibarisi 100% anak tempatan. tidak seperti singapura, filipina, indonesia, jepun, perancis, bahrain, qatar. mereka semua sama seperti jerman yang terpaksa mengharapkan mesut cacau bagi memantapkan pasukan mereka. tapi dalam sukan-sukan lain, kita turut mengimport yuan yufang dan hidayat hamidon arbi. tapi kita percaya kita sebenarnya kaya dengan bakat anak tempatan. jika kita ke semanggol, limbang, bayan lepas, kubang bemban dan senandin pasti kita boleh mencungkil bakat kanak-kanak yang boleh diangakat dan di didik menjadi bintang sukan dunia satu hari nanti.

mungkin bakat muda inilah yang akan membawa malaysia ke piala dunia satu hari nanti. ia bukan mustahil. baik piala dunia lelaki mahupun piala dunia wanita. Insyallah satu hari nanti, tidak kira la bila. tapi jangan la lama sangat.

HARIMAU MALAYA!
TANAH TUMPAHNYA DARAHKU!

pst!
apakah detik yang anda paling ingati sepanjang pesta tersebut berlangsung?
selain saat safee sali merembat bola umpanan s.kunalan membolosi gawang singapura dengan boot nike tajaan beliau, kami di stalkerpuaka berpendapat gambar dibawah merupakan antara saat-saat epik seanjang perlawanan semalam. 


safee sali bicyle kick

Wednesday, June 15, 2011

#45 : tahan.

Assalamualaikum and a very good day to all readers.

Dah berkurun gua tak update dekat blog ini, sunyi rasanya. Gua jalan-jalan tadi, jumpa satu benda. Lu orang semua tahukan yang 10 website file sharing kena blocked? 

Ini yang 10 tu.

Ini yang telah di-block oleh Malaysian Communications and Multimedia Commission (SKMM). Gua first-first baca dekat surat khabar The Stars pun terkejut juga. Nasib baiklah depa tak listkan terus 4shared ke, mediafire ke. Gua nak layan movie waktu cuti panjang gua. Kalau tak, mati kebosanan gua. Nasib baik tak ada. 

Ini bukan buat gua terkejut sorang-sorang, ramai juga yang tidak setuju dengan perkara ini. Contohnya, dalam artikel ini. Dalam laman sesawang sosial Facebook, mereka dah create page untuk condemned usaha kerajaan ini. 

To read more.

Ramai juga yang like page itu. Gua belum lagi. Itu cerita di Facebook, ini cerita pasal hack. Gua ada baca pasal geng Anonymous ini. Bila baca pasal mereka, gua suka identity mereka. Topeng pun nampak seram, dan mereka telah mengancam untuk hack lawan sesawang kerajaan.

Operasi hacking-menghacking.

Gua ada tengok laman web tourism malaysia. Seram juga beb. Ini yang keluar kalau lu orang surf sana.

Gua tengok balik, dah okay dah laman sesawang tu.

Gua dengar lawan sesawang politeknik juga terkena benda yang sama. Hebat juga para-para hackers ini. Laman web sesawang rileks je mereka bantai. Kalau dorang dapat hack laman sesawang kerajaan yang lagi penting. Gua pun tak tahu apa nak jadi. 

Gua hanya tunggu dan lihat, apa langkah mereka selepas ini. Mereka yang hacking ini hanya mahukan kebebasan untuk online dan download. Mereka akan pergi lebih ganas jika kebebasan ini tidak dikembalikan. Gua baca pun meremang bulu roma. 

Sekian.

Friday, May 20, 2011

#44 : lagi kecewa.

Kita sudah lihat nasib Pe'ah dengan Justin Bieber, bagaimana obsesnya beliau. Bagaimana pula dengan kekasih hati barunya itu? Adakah mereka akan bersatu buat selamanya? Kita lihat sambungannya. 


Sekian.

Tuesday, May 17, 2011

kenapa dunia perlukan super hero?

dunia perlukan super hero.
dan super heroin.

tapi, kenapa?

mutakhir ini, begitu banyak loji-loji radioaktif bocor.

lihat saja di chernobyl.


di fukushima.



mengambil iktibar peristiwa-peristiwa terdahulu, penduduk gebeng di pahang darul makmur mengambil langkah berjaga-jaga.

baca disini


mereka membantah projek lynas gebeng berdasarkan nasihat lembaga perlesenan atom negara (AELB). mungkin mereka khuatir, kemakmuran pahang akan hilang dengan adanya loji ini nanti.

baca disini


tapi kenapa mereka membantah?
gila lu tak bantah?
kalau gua pun, gua bantah.
lu orang bayangkan, kalau sisa-sisa radioaktif tu tersebar.
bayangkan.
bayangkan.
tahukah lu orang, mutant boleh terhasil, bila mana manusia kena sisa radio aktif?
kalau mutant baik macam cyclops, storm, shadowcat yang terhasil tak apa.

adik gua cakap, dah la mutant baik, kacak pulak tu. mmg untugla malaysia kalau ada cyclops.


shadowcat

tapi, cuba lu orang bayangkan.
kalau mutant jenis-jenis magneto yang terhasil.
tak ke masalah malaysia nanti?
masalah kan.
siapa nak lawan dengan diorang?
siapa?

gua lastik pon tak ada, macam mana gua nak lawan magneto kalau dia mengamuk nanti.


sebab itu la kita perlukan superhero.
sebab nak lawan dengan mutant.
kalau ada superhero, kena ada superheroin.
superhero mana boleh kahwin orang kebanyakkan.
nanti jadi macam spiderman dengan mary jane.
konflik je memanjang.
villian tak puas hati dengan spiderman, cari mary jane.
villian tak puas hati dengan spiderman, culik mary jane.
kan susah superhero macam tu.
dua-dua saling memahami, saling bantu membantu.


lagi satu,
bila semua ini terjadi,
kerajaan pun terpaksa tubuh ministry baru kalau mutant muncul.
kementerian mutant dan hal ehwal komuniti X.
tambah lagi satu menteri, bertambah bajet negara sebab nak bayar gaji menteri baru.
kan dah banyak kerja tu.

apa apa super pon, mula dgn super teacher.
tak kira la ajar apa.

Wednesday, May 11, 2011

kepelbagaian

setiap kali author balik kampung nek highway PLUS mesti gua perasan satu benda..
papan iklan kat tepi highway tuh............and harituh gua perasan satu papan iklan yg menarik perhatian gua..

papan tanda tuh berbunyi SKK Cat rumah no1 di Jepun..peh gua confused..SKK tuh cat ke..setau kami author 
blog nih SKK tuh nama kos kami(sarjana muda kejuruteraan kimia).

tibe jer ade nama cat ni pehal and siap claim dorang no1 kat Jepun lagi...Jepun beb!! bukan north korea
so bila gua sampai rumah berbekalkan internet laju tahap gaban nih(HARHARHAR) gua google lah..

peh gua terkejut..korang tgk lah sendiri


hah tengok tuh tengok kalau korang tak pecaya

tengok ini pulak
cat SKK nih juga berjaya menjajah ke singapore

gua bukan ape..tapi yg paling gua tak boleh blah..
dorang siap boleh claim dorang no1 di jepun..

berani beb
sekarang semua barang nak claim dorang no1 satu di jepun
asal tak no1 di north korea gua pown tak taw

gua rasa sebab barang jepun mmg kualiti beb
awek jepun pown kualiti beb
fuhh cun gilo

oleh itu gua dah boleh terima yg SKK tu jugak adalah jenama cat rumah no1 di jepun

tibe jer author nak taw jenama KONDOM no1 di jepun ape ek 
hehe 



Tuesday, April 26, 2011

diary of a wimpy Welsh wonder kid

wimpy Welsh wonder kid tahun 1999, 10 tahun.






wimpy Welsh wonder kid tahun 2005, 16 tahun.






wimpy Welsh wonder kid tahun 2012, 23 tahun.

MAKLUMAT LANJUT DISINI !

Sunday, April 24, 2011

AlKisah Fernando Torres


Terdapat alkisah sebuah kelab Ingeris bernama Chelsea melabur 50 juta tok mamat kat bwah nie...


Tgok muke pon geram je kan... Gua dgan penuh harapan mengharap mamat nie dpat gol bnyk2 tok kelab gua.. Gua setia menunggu siang dan malam.. Bile la mamat jambu nie nak score2...

Dye cme perlu sepak bnda nie...


Masukkan kat dalam bnda nie...
2 P0N SUSAH KE?? tgok kat video bwah nie binatang pon boleh gol..
haish...




Tapi Akhirnya setelahh 14 game gua menunggu, setelah lebih 900 jam gua bersabar..

GUA PUAS... HAHA... Tahniah Torres!!!

p/s : Gua Harap Ini dapat meningkatkan semangat gua nak exam... hehe



#39 | akhirnya.

video sebenar gua tak jumpa. nak tengok boleh klik sini.

gua rasa semalam hari yang paling bahagia buat El Nino merangkap Fernando Torres. beliau bukan sahaja telah memecahkan badinya yang gagal menjaringkan sebarang gol selepas dibeli dari kelab lamanya, Liverpool yang selesa membelasah Birmingham City, 5-0 dan juga selepas 903 minit bermain untuk skuad Carlo Ancelotti.

gua harap beliau hanya memberikan janji manis kepada kipas-kipas chelsea.
"After fourteen games without a goal, it was not the beginning I was expecting when I signed.Hopefully this is the first of many." (chelseafc.com, 2011)

gua tetap sayang Manchester United.

Friday, April 22, 2011

#38 | kecewa.


Assalamualaikum, dan salam sejahtera buat semua. Cerita ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup atau yang telah meninggal dunia.
Pe’ah [bukan nama sebenar] betul-betul meminati seorang budak berumur 17 tahun walhal dia berumur 4 tahun lebih tua dari budak itu. Siap letak poster dalam bilik, gambar di dalam beg dompet besarnya, keratan-keratan akhbar di atas meja belajarnya. Dia mengaku bahawa dia-lah peminat nombor satu budak itu. Budak itu bukan calang-calang celah gigi. Budak itu famous di laman web YouTube, famous di mata-mata perempuan di dunia ini.
Famous bukan? Siapa yang tidak kenal kepada kekacakkan wajah ini? [Pe'ah yang cakap]. JB atau dikenali dengan nama Justin Bieber telah menambat hati Pe’ah sejak video-video permulaanya telah dikeluarkan di YouTube.

Selepas itu, Pe’ah follow si Bieber ini hingga ke twitter dan facebook. Apa budak tu buat dia nak tahu, apa budak tu minum dia nak tahu, apa budak itu pakai dia nak tahu. Number #1 follower la katakan? Dia tidak sedar bahawa JB ini ada peminat yang berjuta-jutan dekat luar sana, tapi Pe’ah tidak kisah. Pe’ah tetap akan menggelar dirinya sebagai Number #1 Belieber.
Album Justin Bieber, My World 2.0 sudah dimilikinya. Beli yang deluxe version punya. Kawan-kawan dia ada juga cakap;
“Download sudah, takyah nak membazir.”
“Copy je dekat member yang ada. Mesti budak lain ada punya.”
Pe’ah tidak mengendahkan kata rakan-rakannya dan terus membeli album tersebut. Lagu yang sama diulang setiap hari. Kadang-kala mendapat tentangan dari rakan biliknya, Sarah [bukan nama sebenar]. Bernanah telinga Sarah, asyik dengar suara merdu si Bieber. Terpaksa Sarah menyumbat earphone-nya setiap kali Pe’ah play lagu-lagu kegemarannya. Sampai Pe’ah pun dah hafal segala macam lirik dalam album jejaka hatinya itu. Bukan setakat Pe’ah, rakan-rakan dia pun dah sekali.
Pe’ah memang betul-betul geram apabila, JB dan Selena Gomez diisytiharkan bersama oleh media massa. Bukan main marah Pe’ah dengan Selena. Siap masuk group “Anti-Selena” di dalam laman web facebook. Dasyhat. Ini baru betul die-hard-fan. Men-sirap sahaja si Pe’ah apabila melihat gambar JB dan Selena di majalah-majalah terkenal di tanah air.
Tiba-tiba, Pe’ah gembira apabila melihat ini terjadi.
Tersenyum lebar beliau lalu berkata;
“Ini ada peluang.”
Sarah [bukan nama sebenar] pun mencelah;
“Kalau-lah kau betul-betul #1 Bieliber dia, kau buktikan pada aku. Dapat bergambar sebelah dia pun cukup lah. Aku memang tabik spring tak berhenti dekat kau.”
Bagi Pe’ah, ini kerja senang sebab JB pun nak datang Malaysia pada 21 April 2011. Mesti ada sesi fotografi bersama dia, takpun dekat airport nanti time sambut jejaka hatinya itu. Dah-lah dia tengah single-mingle kan? Bersemangat si Pe’ah menyahut cabaran Sarah.
Harinya telah tiba. Tiket sudah dibeli, 3 bulan lebih awal. Kamera telah siap di-charge baterinya hingga penuh melimpah-limpah, sekarang hanya menunggu kelibat JB sambil tidak menghiraukan perempuan-perempuan lain yang menjerit-jerit, tergila-gilakan JB. Asalkan Pe’ah berjaya menyahut cabaran rakan sebiliknya.
Suddenly, disaster.
Semua hampa termasuklah Pe’ah tetapi Pe’ah paling hampa. Selena menarik tangan jejaka hatinya itu lalu pergi ke VIP Lounge. Tak sempat nak ambil satu gambar pun. Hatinya berkecai, pecah, hancur macam pasir yang bersisiran di pantai. Tiketnya yang mahal terus dikoyak dan konsert Justin Bieber di Malaysia hanya dihadiri 16,999 peminatnya, poster-poster yang dimilikinya dibakar bersama gambar keratan akhbar dan album yang dibelinya di patah-patah sambil dilihat oleh Sarah yang gembira hatinya.
“#1 Bieliber konon, dia ada Selena Gomez lah.”
Sejak dari hari kejadian itu, JB tidak lagi diendahnya, tiada lagi “Baby” di dalam bilik mahupun di dalam komputer ribanya. Pe’ah kini beralih hati kepada seseorang yang lebih dekat. Mungkin ini peluang baru baginya.

Amir [ini nama sebenar] telah menambat hari Pe’ah. Pe’ah merasakan Amir mampu menggembirakan hatinya dengan lawak-lawak yang spontan lagi berhemah sebaris dengan pujian lagenda lawak, Saiful Apek.
“Terbaik, terbaik.”

entri dari stalker jemputan.

trivia stalker jemputan bulan ini
nama : Hermione Jean Weasley (nee Granger)
suami pertama : Ronald Billius 'Ron' Weasley
D.O.B : 19.09.1979
eye color : brown
rumah sukan : gryffindor
pesanan & kata-kata azimat :


selamat mengulang-kaji pelajaran dan good luck untuk final exam you all !!





berjuanglah sehingga ketitisan darah you all yang terakhir, biar apapun dugaan, cabaran, rintangan mahupun kaki dan tangan yang mendatang







lagi 1, 
i tak kisah you all kalah, asal jangan menipu



-xoxo-

marijuana, rokok, kuasa, duit dan keadilan



korang nak taw pesal tajuk entry kali nih mcm nih..
apa kaitan marijuana,rokok,kuasa duit dan keadilan??

dua gambar kat atas tuh adalah marijuana dan rokok.
rokok kat malaysia halal..boleh jual
marijuana kat malaysia haram.kalau kena tangkap 
ada kat korang marijuana tuh berapa gram jer..
ke tali gantung lah korang.

kenapa marijuana kat malaysia haram
marijuana membahayakan kesihatan ke?
kajian menunjukan yg marijuana adalah dadah semulajadi
yang sgt bagus utk digunakan dalam ubat dan bidang perubatan

tapi kenapa orang yg hisap marijuana kena ke tali gantung?
rokok tuh tak bahaya ke?
rokok dah terbukti sgt bahaya
dan dibuat dr pelbagai bahan kimia yg beracun
tak seperti marijuana

persoalanya kenapa rokok halal?
sebab rokok untung beb..
duit dia masyuuuk..

marijuana murah beb..
mana
untung jual marijuana..

disebabkan duitlah manusia sanggup 
lupakan nilai kemanusiaan

orang yg ada kuasa bila nampak 
duit dah tak kira bahaya ke tak
janji poket dorang penuh

bukan dorang hisap rokok
pown.. mampos arr
janji gua kaya beb

persoalannya?
adilkah mcm tuh?

kerana duit 
manusia sanggup bertopengkan syaitan

sekian